September 28, 2013

Miss Miserable Process Design

Salam and hi all. Okay ini artwork baru aku. I mean artwork kegelapan aku yang paling
latest (owh, lama gila aku tak buat artwork~haha)

Aku beri nama karakter baru aku ini sebagai, Miss Miserable...

Kenapa? Entahlah, Miss Miserable muncul tiba-tiba dalam otak aku bila aku fikirkan tentang
seorang perempuan yang hidup dalam penipuan dan kesakitan, di mana dia harus
menghadapinya seorang diri tanpa ada sesiapa pun yang boleh dipercayai untuk melindungi
dia. (refer to her tears and that knife)


Over gila nak letak besau-besau kan, haha, okay2 so ini processnya daripada rough idea
hinggalah ke final process nya :)

Kiri : Lakaran awal (rough idea)
Kanan : Detailskan drawing dan vectorize guna Illustrator

 

Color process (Adobe Photoshop)

Kat sini aku ada eksperimen sikit tentang macam mana nak buat kening orang yg sedang
menangis tapi tak nampak karakter tu macam lemah sangat. Bandingkan kedua-dua kening
yang aku lukis ini :

Drawing atas : kening turun ke bawah (nmpak karakter sangat lemah, aku tak suka !)
Drawing bawah (siap color) : 'kening sedih' tapi ternaik sikit (nampak macam karakter
                                             bersedih tapi dalam masa yang sama nampak karakter
                                             masih tabah dan kuat)

 

Ini adalah real necklace kesayangan aku. Bekas berbentuk silinder mini berisi cecair merah
kat dalam. Then ada sebutir beras yang tertulis nama aku dan si dia. Hampir semua design
karakter aku ada necklace ini.

Skirt style guna brushes di Photoshop saja :)


Siap color karakter, buat background pula, juga di Photoshop:


Okay dah lepas tu, tambah wording pulak dan lain-lain element gothic di situ :


So, this is final :



Aku langsung tak letak copyright kat sini, tapi mohon siapa-siapa yang berniat nak
mencuri artwork orang tu, aku warning jangan. Kalau aku nampak artwork kesayangan
aku ni tersebar atas nama orang lain / dalam design orang lain. Siaplah !

Okay itu saja, terima kasih sudi jengah sini :)


July 04, 2013

Ketahui 3 Jenis Susunan Ruang Maklumat Dalam Design Banner

Salam and hi all. Okay, dalam entry kali ni, akan akan tunjukkan beberapa jenis
susunan ruang maklumat dalam design banner terutamanya agar lebih cepat menarik
perhatian orang ramai untuk melihat, seterusnya membaca isi kandungan banner itu.

Aku kategorikan ruang-ruang ini kepada 3 jenis iaitu :

1. Left 'Eye Catching'
2. Right 'Eye Catching'
3. Freestyle! (Out of the box)

Jadi, design kebanyakan banner yang aku nampak kat tepi-tepi jalan mostly macam ni :



Dan berikut merupakan beberapa design banner yang aku pernah buat, dalam kategori
Left 'eye catching' :






(Bahagian kiri banner yang hanya meletakkan logo event / festival / sebagainya.
Mudah dan simple. Kemudian di bahagian kanan baru lah terdapat maklumat-maklumat
atau details yang menerangkan tentang event ini)

Ini pula kategori design banner yang
Right 'eye catching' :


(Bahagian kanan banner terdapat logo besar yang akan memudahkan pembaca terus dapat
menangkap maklumat utama tentang sesebuah banner. Aku kurang gemar guna kategori ni,
sebab aku rasa lebih mudah untuk membaca dari kiri ke kanan,iaitu bahagian yang menarik
perhatian adalah yang belah kiri ke kanan)

Dan last but not least kategori
Freestyle !

Percayalah, design-design jenis ini adalah sangat menarik dan memang berkesan untuk
menarik perhatian orang ramai untuk menoleh, melihat, dan seterusnya membaca isi kandungan
banner. Wujud sikit lah rasa ingin tahu tu dalam hati diorang. :p


Study susunan / pembahagian ruang dalam banner di atas, simple tapi kuat !


Cara penyampaian yang menarik minat dan mudah untuk dibaca / difahamkan


Gunakan elemen-elemen seperti gambar yang unik dan jarang digunakan


Atau guna teknik lain, seperti teknik vector / drawing sepenuhnya macam banner
di atas.


Ingat, 'less is more'


Jika anda nak buat banner untuk diri sendiri, mungkin untuk bisnes or majlis anda ke,
Yang simple itu lah yang lebih baik, dan lagi mudah diingat, berbanding anda letak
segala bagai maklumat dalam banner tu.

Dan kalau anda merupakan seorang beginners yang baru nak menceburi bidang design

Okay itu saja, harap bermanfaat. Terima kasih.



July 03, 2013

Tips Mudah Design Banner / Bunting Untuk Beginners

Salam and hai all.
Okay, straight to the point, entry aku kali ni sesuai untuk orang-orang yang :

1. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi tak tahu nak hasilkan artwork yang cantik
2. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi takde sijil / diploma / degree dalam course
    yang berkaitan, terutamanya course Graphic Design
3. Takde idea langsung untuk buat design di kala customer nak design tu dengan SEGERA!
4. Dapat customer jenis yang tak kisah design yang macam mana pon, asal siap.

Berikut merupakan tips untuk korang menghasilkan banner / bunting yang sedaplah sikit
dipandang mata :

1. Google background yang sesuai
    (option lain selain menggunakan flat / gradient background semata)

Contoh, kalau korang kena buat design untuk hari raya, selain guna flat warna hijau,
boleh juga guna background design yang ready-made di google macam ni :







2. Kenalpasti MAKLUMAT UTAMA
    yang nak disampaikan kepada audience (orang ramai)

Contoh :

Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013
Tarikh : 10 Ogos 2013
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Pening Lalat
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis jamuan ini.

Secara logik, tentulah maklumat yang nak disampaikan itu adalah tentang jamuan dan
details pasal jamuan tu. Jadi pilih saiz, font, dan warna yang sesuai untuk tulis
ayat itu.

Manakala ayat sampingan yang datanglah beramai-ramai tu pula, saiz nya haruslah lebih kecil
daripada MAKLUMAT UTAMA tu tadi. Warna dan jenis tulisan sama, tidak jadi masalah,
tapi haruslah dipelbagaikan, mungkin boleh di italic kan atau di bold kan.

Jadi macam ni :

Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013

Tarikh : 10 Ogos 2013
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Pening Lalat

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis jamuan ini


3. Tentukan warna dan susunan dalam artwork

Warna - Penting untuk memudahkan orang membaca Maklumat utama dan lain-lain
            yang nak disampaikan. Sebaiknya, jangan terlalu colorful sangat, kecuali kalau konsepnya
            memang colorful

Susunan - Penting untuk membahagikan ruang utama dan ruang sampingan dalam artwork,
               untuk memastikan artwork tak terlalu crowded atau terlalu kosong.

Baca 3 Jenis Susunan Maklumat Dalam Banner


Jadi...

Daripada design se'bosan' ini :


boleh menjadi se'better' ini dalam sekelip mata :



Okay itu sahaja, harap bermanfaat. Terima kasih (n_n)