Okay, straight to the point, entry aku kali ni sesuai untuk orang-orang yang :
1. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi tak tahu nak hasilkan artwork yang cantik
2. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi takde sijil / diploma / degree dalam course
yang berkaitan, terutamanya course Graphic Design
3. Takde idea langsung untuk buat design di kala customer nak design tu dengan SEGERA!
4. Dapat customer jenis yang tak kisah design yang macam mana pon, asal siap.
Berikut merupakan tips untuk korang menghasilkan banner / bunting yang sedaplah sikit
dipandang mata :
1. Google background yang sesuai
(option lain selain menggunakan flat / gradient background semata)
Contoh, kalau korang kena buat design untuk hari raya, selain guna flat warna hijau,
boleh juga guna background design yang ready-made di google macam ni :


2. Kenalpasti MAKLUMAT UTAMA
yang nak disampaikan kepada audience (orang ramai)
Contoh :
Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013
Tarikh : 10 Ogos 2013
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Pening Lalat
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis jamuan ini.
Secara logik, tentulah maklumat yang nak disampaikan itu adalah tentang jamuan dan
details pasal jamuan tu. Jadi pilih saiz, font, dan warna yang sesuai untuk tulis
ayat itu.
Manakala ayat sampingan yang datanglah beramai-ramai tu pula, saiz nya haruslah lebih kecil
daripada MAKLUMAT UTAMA tu tadi. Warna dan jenis tulisan sama, tidak jadi masalah,
tapi haruslah dipelbagaikan, mungkin boleh di italic kan atau di bold kan.
Jadi macam ni :
Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013
Tarikh : 10 Ogos 2013
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Pening Lalat
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis jamuan ini
3. Tentukan warna dan susunan dalam artwork
Warna - Penting untuk memudahkan orang membaca Maklumat utama dan lain-lain
yang nak disampaikan. Sebaiknya, jangan terlalu colorful sangat, kecuali kalau konsepnya
memang colorful
Susunan - Penting untuk membahagikan ruang utama dan ruang sampingan dalam artwork,
untuk memastikan artwork tak terlalu crowded atau terlalu kosong.
Baca 3 Jenis Susunan Maklumat Dalam Banner
Jadi...
Daripada design se'bosan' ini :
boleh menjadi se'better' ini dalam sekelip mata :
Okay itu sahaja, harap bermanfaat. Terima kasih (n_n)
No comments:
Post a Comment