February 16, 2012

Susahnya Buat PhotoManipulation Kalau Tak Tabah !!


Assalamualaikum and hi readers. Okay, aku sangat suka tengok
photo manipulation yang gempak-gempak. Kalau readers ada yang
tak tahu macam mana artwok photo manipulation yang dikatakan
gempak dan hebat tu, sila search di google type 
'the best photomanipulation' . Serious ! macam ni --> (O_O) !!



Aku ada sorang member yang sangat hebat buat photo manipulation
ni. Dan aku tahu, bukan calang-calang orang mampu, sebab nak buat
benda tu memerlukan daya imaginasi yang tersangatlah tinggi PLUS
kesabaran yang juga sangat tinggi !!



Buktinya, aku yang memang tak berapa nak berimaginasi dan agak
malas sikit ni, still tak dapat nak hasilkan artwork macam dia. Yelah,
aku try lah jugak buat tapi aku nak siap dalam masa 2,3 jam camtu
je lah, tapi memang berbeza lah kualiti hasilnya. Jadi cincai je lah.



Berbanding dengan kawan aku tu, artwork photomanipulation dia
sangat tip-top, dan dia mengambil masa sehari suntuk untuk siapkan.
Bayangkan lah berapa je nilai artwork aku yang ambil masa 2,3 jam
berbanding artwork gila dia yang makan masa sehari suntuk tu kan?
(-_-') Ye, jelez okay~ Haha...



Jadi, semalam entah kenapa aku rasa nak sangat try buat. Dan aku
dengan blurnya pon carilah bahan (gambar) untuk dimanipulate-kan~






Dan, selain dari kepakaran dalam berimaginasi serta kesabaran
yang tinggi, kepantasan internet juga amat diperlukan agar image
dengan high resolution senang lajuuuu di download ! Grrr.... Semalam
internet tak laju, jadi aku guna je lah apa yang ada (-_-)


So, ni hasilnya...




Aku tengah menunggu komen daripada kawan aku yang hebat tu.
Huuu~~~penat buat benda ni..okay itu je aku nak share kali ni,
terima kasih sudi jenguk sini, (n_n)



February 10, 2012

Elynne Character Design Improvement


Assalamualaikum and hi readers.
Aku kenalkan ini character kembar aku yang bernama Elynne.
Kembar laaaahhhhh sangat~


Elynne ni salah satu character ilustration aku. Masa awal-awal aku buat dia,
rupa dia macam ni :


Lepas tu, aku smoothkan sikit rambut dia dan highlight macam Avril Lavinge
punya rambut, trend dia warna pink tu (sekarang hijau) macam ni :


Kemudian, aku ubah cara dress up Elynne dan gunakan skirt supaya nampak
lebih feminin. Semua ni pengaruh gothic dan emo. Dan jadi lah macam ni :


Dan akhirnya, tadi baru siap~ Aku bagi new hair cut untuk Elynne, jadilah
macam ni :


Rambut baru pun still aku kekalkan style hair cut sebelah pendek, sebelah
panjang tu, sebab aku sangat suka style rambut macam tu ! Huhu~and one
more thing, necklace itu sangat berharga untuk aku <3


Kenapa aku letak simbol keamanan kat situ ye? Sebab aku sukakan keamanan.
Dan aku nak semuanya aman, dunia yang aman, aman sentosa, aman makmur,
aman shah, sharifah amani, ya....aku nak semuanya aman, tapi sekarang ni manusia
ramai yang gila ! Gilakan harta, gilakan kuasa, gilakan dunia sampai sanggup
berbunuhan sesama sendiri.

"I wish I could Kill all bad people..."
without any guilty.....

Masqerade Theme


Assalamualaikum and hi readers.
Kali ni aku nak share lagi assignment photo aku. Kami kena buat
photo manipulation, dan kali ni tema adalah bebas !


Yaaa, sangat best, tapi bertahun jugak aku nak pilih tema yang
best dan tak merumitkan untuk aku buat. Jadi, setelah sepurnama
aku berfikir, akhirnya aku memutuskan untuk memilih tema :

MasQuerade ! Ala..yang topeng-topeng tu~~ :p

Hihi, aku malas sebenarnya nak bukak satu-satu folder cari
gambar asal untuk assignment ni, lagipun, kena pulak edit kecikkan
size before di upload, jadi maaf lah ye :(


Aku hanya share final artworkyang dah siap ni :)




Dan gambar ni kena print sebesar A1 yang besar tu, hukhuk~
Okay itu je, sekian terima kasih (n_n)

I love Vintage


Assalamualaikum and hi readers. 
Kali ni aku nak share pasal assignment photo aku. Kena buat satu
kolaj yang ada theme. Aku pon tak sure kenapa lah subjek photo
kena buat kolaj pulak kan, (-_-') tapi...buat jelah, dah nama pun
assignment..huhu~


Tema yang diberi ialah vintage. Dan oh My God aku sangat suka
kan vintage !! Huarghahaha (>_<) Jadi, dengan semangatnya aku
terus buat. 


Tapi....aku tak sempat nk shoot model sebab masa dah suntuk
masa tu ! Alamak~~~~


Aku bukan buat kerja last minit tau, tapi dia bagi masa seminggu je,
and nk shoot model bukan boleh main shoot je, kena book studio
bagai, nak cari model lagi, duit pon ade tak de je lah masa tu nk hire
model. :(


Jadi, aku pon mintak izin  untuk guna gambar kawan aku yang
pernah jadi model dengan tema ala-ala vintage. Dan dia benarkan !


So, lepas dah dapat gambar, aku gunakan teknik photomanipulation
untuk jadikan gambar tu lebih vintage.







(sory yg ni aku xjumpe dah gambar asalnye kat celah mana)

Haa okay itu je, thank Q sudi singgah sini :)