January 30, 2013

Suatu Kejadian di Kaunter *Waksen

(lupa nak lukis muka orang kiri)


Moral :
- Jangan beli barang yang ada 5 sen
- Jangan menjadi anjing yang menganjing

Hahaha...just for fun~
(ini kisah benar dari seseorang)

3 Sebab Kenapa Aku Tak Berminat Dengan Handphone Mahal

Majoriti umat manusia zaman sekarang ni sangat menggilai segala bagai
jenis handphone, IPhone, SmartPhone, BlackBerry, Strawberry dan biri-biri.
Tetapi tidak bagi aku, aku sangat jahil tentang segala teknologi dan gajet
yang seumpama itu. Hahaha..kenapa? Hahaha..hahaha...ini sebab-sebabnya~

1. Aku seorang yang 'pandai' menjaga handphone


Aku akui aku memang lasak dan tak reti jaga barang berharga. Barang okay, barang,
bukan maruah (tetiba) So, kalau handphone aku tu model zaman firaun, takdelah aku
diserang kemurungan berpanjangan akibat masalah phone retak, pecah dan sebagainya.


Aku rasa, kalau aku guna fon mahal, memang pendek jangka hayatnya daripada warranty ;p

2. Handphone biasa tahan lasak


Memang sangat tahan lasak dan sesuai dengan aku yang tak reti bertatasusila
sangat nih. Bila terpelanting, masih hidup, bila terlenyek kereta, masih bertahan,
berhujan berpanas masih hidup, Hahaha..


3. Kurang berisiko untuk dirembat
Tapi, tak boleh jamin jugak, kalau dah namanya perompak, aku rasa semua
benda pon dia nak rompak gak...

Dan bagi aku, handphone murah takpe babe, asalkan sentiasa berbunyi (selalu
dapat mesej / call) dan selalu berisi (ditopup).Yang penting masing-masing ada
citarasa masing-masing kan~~~~ :D

January 26, 2013

Random Simple Photo Editing


Salam and hi all. You all suka ambil gambar tak? Aku sangat suka ambil
gambar, apa-apa je lah yang aku rasa cantik pada mata aku, aku ambil!
Hee..so ini koleksi gambar yang aku dah edit simple-simple ja :)

Pic #1 : My Lovely Mom
Lokasi - Muzium Melaka

Pic #2 : My Lil' Brother
Lokasi - Rumah nenek aku

Pic #3 : Pretty Sweetie Rina
Lokasi : Rumah nenek aku

Pic #4 : Kisah Cinta Honeydew
Lokasi : Dapur rumah aku

Pic #5 : Bunga Tahi Ayam
Lokasi : Rumah makcik

Pic #6 : Bubba Gump Restaurant
Lokasi : Bubba Gump, Sunway Pyramid

Pic #7 : Twin of birdies
Lokasi : Rumah aku (burung peliharaan aku)

Pic #8 : Chocolate Fair Photoshoot
Lokasi : Studio Foto Uitm Lendu

Pic #9 : Teratai
Lokasi : Sungai area rumah aku

Pic #10 : The Reflection
Lokasi : Sungai area rumah aku

Okay itu sajalah antara koleksi simple photo editing aku. Aku memang
suka edit simple-simple je dan size pulak memang suka melintang panjang
macam tu. Hehe okay terima kasih sudi singgah sini :)


International Kite Design 2011 (academic purpose)


Salam and hi all. Kali ni aku nak share kerja freelance aku dulu masa
study iaitu tolong design untuk Mascommers Student. Diorang kena
handle project, dan bahagian designnya diserahkan kepada aku. Dan
ini lah hasilnya :

INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2011

Tema : Minimalism & Colorful
Logo Design for the event

Bunting design (promotional item)
Banner design (promotional item)

Nasib baik project ni budak-budak Mascomm punya, tu yang tak
payah nak buat banyak sangat promotional itemnya. Kalau ini lah
assignment budak grafik, mau berpuluh-puluh item lagi kitorang kena
buat. Huhu...

Owh, btw, bila dah upload artwork ni, rasa macam ada sedikit kesumbangan
pada colour beliau, agak lari daripada warna sebenar. But nevermind~ :D




Diary's Cover Design


Salam and hi all. Header aku dah bertukar akhirnya. Hahaha.
So kali ni aku nak share artwork saja-saja aku iaitu masa ni, aku
design cover depan dan belakang diari untuk handmade diaries aku.

Ada tiga design masa tu aku buat (ni mesti kes tengah rajin) Hehe,
so ini lah hasil designnya, guna readymade vector je :)

Personal diary cover's design #1 (left is back, right is front)
Personal diary cover's design #2 (left is back, right is front)
Personal diary cover's design #3 (left is back, right is front)
Dan, dalam tiga-tiga design ni, hanya satu je yang aku realisasikan,
itu pun untuk buat hadiah birthday untuk kawan baik aku :) Ini dia
bila dah siap :

Handmade Vintage Diary
Sebenarnya, agak leceh nak buat benda ni tapi berbaloi lah, kalau
ianya nak dijadikan hadiah untuk someone special. Nampak sikit
keikhlasan di situ. Hahaha, apa yang leceh?

Leceh, sebab kertas coklat tu takde jual yang dah siap potong size A4/A5.
Ada jual size besar ala-ala kertas mahjung tu je, so bertabahlah aku
potong kecik-kecik, sampai luka-luka. Haha..