December 31, 2011

Drawing (Lukisan 2 perempuan yang sangat berbeza personaliti)


Haaa kannn...antara dua darjat gitu~~ dah macam filem P.Ramli kan
Hehehe, anyway drawing ni aku lukis hari tu, masa tengah tension buat
assignment, so melukis lah kejap. Err..dua pulak tu kan (-_-')

Aku kalau melukis, aku lebih suka lukis perempuan sebab senang kot?
Lelaki, err entahlah aku tak reti sangat..'beliau' je aku reti lukis, hehe..
Dan untuk lukisan kali ni, aku nak tunjuk perbandingan antara dua orang
perempuan normal yang memiliki personaliti yang sangat berbeza.

 Korang boleh tengok dari segi pakaian pon dah berbeza, untuk coOl
girl belah kiri tu aku lukis dengan berinspirasikan rockstar, manakala
yang hot tu berinsprasikan Paris Hilton yang ego dan sombong. Then,
kalau persekitaran dia pulak, untuk coOl girl tu aku bezakan dengan
tin-tin minuman yang bergelimpangan kat situ (halal ok, dia minum nescafe,
aku tau sebab aku yang lukis) :p bermaksud girl tu memang selalu lepak
sorang-sorang dan bersendirian je kat situ. Dan aku buat tone warna
biru untuk tunjukkan yang hidup dia selalu suram dan tak ceria. Guys
yang berminat tolong contact aku kalau nak ushar awek ni (u_u)~~~
yang hot tu pulak, gemerlapan sikit dan warna tone ala-ala pastel dan
pintu besar yang berukir tu haruslah menunjukkan dia seorang yang
kaya-raya tapi sombong gila !

(nampak tak?)

kalau tak nampak bukak mata besar-besar camni (@_@)

Hehe..aku memang minat melukis style perempuan-perempuan macam
ni daripada melukis perempuan-perempuan comel, sebab aku tak reti
dan tak boleh nak feel bila lukis perempuan senyum. (-_-') 
okay drawing kat atas tu adalah selepas diedit sikit dalam photoshop.
Ni original version :






then, saje je nak edit konon-konon jadi macam poster~ hahaha
ni kalau 'beliau' baca ni mesti kena gelak ni, aku belum sehebat
beliau lagi..masih mencuba (n_n) So, that's all thank Q ye :)

December 28, 2011

Grindhouse SkateShop Poster (Poster yg Sangat Rumit)

Assalamualaikum and hi all's ! Kali ni aku nak share artwork aku
and of course artwork masa diploma. Kitorang kena pilih satu
product or services or anything dan kena buat corporate identity
dan advertise kan product itu. So, aku pilih skateshop kawan aku
untuk main subject matter. Nama kedai tu Grindhouse Skateshop.

So, bermula lah aktiviti men'sketches', direject, men'sketches lagi, 
reject lagi, hadoii sangat lama okay sebab aku bukan lah student
yang genius lagi bijak pandai, aku hanya boleh berusaha bersungguh-
sungguh dan akhirnya, idea untuk poster aku diterima. Idea aku
ialah nak gabungkan drawing dengan gambar betul, macam ni :

nampak tak?

Then, selepas diproceed, diteruskan dengan proces photoshoot :

Lepas tu, barulah masuk dalam laptop untuk editing process :


Okay, daripada situ, aku buat punyalah banyak poster tapi direject
sebab tak cantik. Serius bila aku tengok balik sekarang, rasa nak
sorok muka kat mana-mana. Ni antara poster aku yang direject :


wuaaaaaaaahhh malu gila dah ni......buruk sangat !! Patutlah kena
reject..hahaha so, after that aku came out dengan idea baru, aku
nak try guna typography lah knon-kononnya, jadi huru-hara camni :
 
Hahaha SANGAT huru-hara kannnnn ??? Dan of course lah yang
ni pon kena reject !! Arghhhh masa tu stress jangan cakap lah...
Tension gila, nak tidur pon tak senang asyik fikir idea apa lagi nak
buat nih, nak kejar DEADline lagi..hadui...







Dan, akhirnya...








Setelah bertungkus-lumus berfikir.......









Inilah dia hasilnya......









Poster aku untuk Grindhouse Skateshop :













Huhhh...penat bila teringat semula zaman-zaman buat kerja ni.
Assignment ni masa diploma semester 5..sangat penat dan mencabar.
Luckily my result is still okay, alhamdulillah..:)
So, that's all thanx visit here :)



My Landscape Drawing (Penatnya Siapkan Drawing2 ni)

Assalamualaikum and hi all's ! Okay, asyik share artwork yang buat
guna software je kan, kali ni aku nak share drawing lagi. Kitorang
kena lukis gambar apa-apa je lah, so aku pilih landscape, dengan
harapan....SENANG !
hahaha amek kau, bertahun jugak aku nak siapkan, siang malam
tak tidur, lagi-lagi bila dah dekat nak deadline...huhu DEADline!

So, nasib baik sempat siap. Ni dia artwork aku :





Ini tumbuh-tumbuhan ye anak-anak~~~

Kaku gila bunga rose ni...haishhh aku lukis tanpa perasaan la ni (-_-')

Background yang kosong (malas nak buat background) haha

Haa..ni agak senang nak lukis..suka2 !! :D

Ni paling susah...lepas ni kalau kena buat drawing lagi, aku takkan
pilih untuk lukis scenery dalam hutan ! (u_u)

Haha itu je, owh lupa pulak size lukisan ni bukan size kertas lukisan
masa kita sekolah-sekolah dulu tau, tapi ini size A1 ! Tak tau size
A1 besar camne? Haa, pergi kedai print then tanya, A1 size besar
mana? Hehehe...okay that's all thank Q visit me :)


My Human Drawing (belajar drawing & rendering)

Assalamualaikum and hi all's ! Okay, kali ni aku nak share artwork
drawing aku. Ni masa part 2 kot, eh ke part 3 ea? Entahlah aku
pon tak ingat, lama sangat dah yang penting ni masa diploma lah.
Kitorang kena lukis gambar manusia, so nak tau aku lukis siapa?


Aku lukis :

NIA RAMADHANI
(sebab dia cantik !)

dan 

MILLA JOVOVICH
(sebab dia peminat aku sangat lah style dalam Resident Evil Series)

Jom, tengok hasil karya aku yang tak seberapa sangat tu :

Nia ramadhani (greyscale version)

Nia Ramadhani (color version)

Milla Jovovich......err..ada rupa tak?

Mila Jovovich lagi.. :D

Ni tak tau siapa, main lukis je...haha

my precious masterpiece <3

Okay, itulah antara drawing aku. Mula-mula aku tak reti nak render,
tapi lepas lama-lama aku belajar dan di ajar, akhirnya okay jugak
lah.. :) tapi sekarang ni lepas lama-lama tak buat drawing, aku rasa
tak jadi kot. And sekarang bila aku tengok balik artwork-artwork
ni, aku macam pelik.....

"Apsal aku tak lukis gambar
Avril Lavinge ek?"



Print Ad Silky Girl Magic BB Cream (Belajar Crop Dengan Sempurna)

Assalamualaikum and hi all's ! Siapa antara readers aku yang berjiwa seni sila
senyum sorang-sorang dan angguk kepala..hehe korang kategori yang macam
mana ea? Ada orang yang hebat bagi idea, tapi tak berapa hebat nak
merealisasikan idea tu seperti yang dikehendaki, ada yang idea kureng tapi
bia buat kerja, artwork dia sangat superb ! Tapi ada yang dua-dua dia
hebat, bagi idea gempak, artwork pun gempak. So, korang kategori mana?

Aku ?

Hmmm, aku rasa aku boleh bagi idea, tapi bila nak buat tu jadi blurr
sket...haha so, untuk artwork kali ni, aku nak share kat korang idea
aku untuk print ad. Aku pilih product magic BB cream datipada
Silky Girl. Cream itu akan menjadikan kulit muka lebih halus, cerah
dan berseri (chewah) 

Idea aku ialah nak buat magic BB cream tu tertumpah atas gambar
model aku, then serta-merta bahagian gambar yang kena magic
cream tu jadi cerah dan berseri. Err..faham tak? Tak faham meh
tengok sini :










Okay, nampak tak cream tu tertumpah kat bahagian gambar muka model
tu, dan bahagian itu je cerah. So, apa yang aku cuba sampaikan ialah
nak cerah gunalah krim tu. Hehehe..:p

Masa buat assignment ni, kena marah dengan leturer sebab aku tak
crop product tu cantik-cantik (aku crop nak cepat, bersegi-segi)
haha, tapi thanx to the lecturer, sampai sekarang aku sangat berhati-
hati bila meneg'rop' gambar :) That's all thank Q readers ! :D


Print Ad Hyundai Accent (Poster Yang Paling Memenatkan Nak Buat)

Assalamualaikum and hi all's ! Okay kali ni, aku nak tunjuk asrtwork
lama aku, ianya sebuah print ad. Aku pilih kereta sebagai product yg
aku nak iklankan tu. So, aku ingat senang...rupanya agak menyesal
jugak lah macam :

"Whuaaaaa kenapa aku pilih kereta hari tu ??"

Sebab, dalam design ni ada step by step iaitu the very first and
important step is S.K.E.T.C.H.E.S yg dalamnya ada semi comp,
comp and barulah ke final. Sketches kitorang kena buat dalam A3
size, setiap A3 ada 8kotak sketches kecik-kecik (idea yg bbeza)
then A3 tu kali 4, means 8 x 4 = 32 idea harus diperah dan dilukis.
Tersangatlahhhhh payah kalau takde idea tawu........(-_-')

Then, kalau kena reject lagi lahhhhh, lecturer suruh tambah lagi
3 helai size A3, means kena buat lagi 24 idea....
So, untuk first step bagi assignment ini, alhamdulillah aku proceed.

TAPI....

Lepas satu idea daripada 32 idea tu diproceed, kitorang kena develop
pulak idea yang terpilih tu kepada 32 idea lagi.....

Alhamdulillah, aku proceed lagi,lepas tu, idea yg terpilih tu pulak
akan diwarnakan, sketches 8x idea yg dipilih tu then warnakan
pakai marker rendering yang mahal tu....kat sini aku kantoi !
3 kali aku kena ulang-alik daripada studio aku ke bilik lecturer
semata-mata nak proceed kerja, tapi 3 kali tu lah aku gagal (-_-')
Nak tau kenapa?? Meh tengok artwork nya :

Imagine, hari itu hari last untuk tunjuk kerja dekat lecturer, so
aku pon apa lagi stay studio buat sketches ni, bila dah kelam-
kabut sangat lukis apa pun tak betul. Kereta satu hal, aku
reti lukis kereta tapi nak cepatkan, senget-senget sikit lah, 
then reject, lect suruh lukis betul-betul....(-_-') dah lukis dah,
plus warna sekali ek, tunjuk lagi..alah reject lagi sebab aku
lukis tangan macam apa je..nampak je lecturer aku tu, hadoi.
Buat lagi, korang bayangkan kat atas tu ada 50 tangan manusia,
and korang HARUS siapkan sketches dan warna dalam masa
beberapa minit je...perghhhh !
Mmemang aku takkan lupa kenangan assignmnet ni..
ahaha :p

Okay itu je, thanx for read this ya ! :D sila datang lagi..



Memories Remain Movie Poster (First Time Guna Photoshop Buat Poster !)

Assalamualaikum and hi all's ! Okayyy, nak tengok artwork
aku yang sangat-sangat pertama kalinya guna Photoshop ?
It's about movie poster yang macam hampeh ni (-_-')........

Sedih aku tengok artwork aku ni, rasa sangat menyegankan (-_-')
Owh before that, aku sengaja pixelkan muka model-model ni,
takut diorang segan, yelah kalau jadi model untuk artwork gempak
bangga lah jugak, ini model artwork macam ni je..Hahaha :p
Aku ingat lagi, punyalah gembira bila aku tau kurangkan opacity
untuk buatkan gambar perempuan tu jadi macam roh dan ala2
transparent sikit. Sangat excited okay, maklumlah baru belajar !
Dan assignment ni kitorang buat masa diploma, semester 2. :)
Hehehe, okay itu je thank Q :)


December 14, 2011

Welcome ! weLcome !

Hai all ! First of all, wanna thank you for those yang dah pernah
jejakkan cursor ke sini :) So, tentang blog ini, actually blog ini
tempat aku share artwork2 aku daripada dulu sampailah sekarang.
Tapi blog ni still baru dirasmikan, jadi aku maybe tak sempat nak
uploadkan semua artwork dalam ni. Kira macam pindah rumah
lah kan, belum bawak masuk semua barang lagi dalam rumah baru.
Hehehe...so, kat sini, korang boleh komen membina atau kritik
artwork aku but in one condition :

DO NOT USE HARSH WORDS
and
DO NOT MENCARUT

Hahaha...(n_n) Okay, jadi selamat datang dan terima
kasih atas sokongan korang.