January 26, 2013

International Kite Design 2011 (academic purpose)


Salam and hi all. Kali ni aku nak share kerja freelance aku dulu masa
study iaitu tolong design untuk Mascommers Student. Diorang kena
handle project, dan bahagian designnya diserahkan kepada aku. Dan
ini lah hasilnya :

INTERNATIONAL KITE FESTIVAL 2011

Tema : Minimalism & Colorful
Logo Design for the event

Bunting design (promotional item)
Banner design (promotional item)

Nasib baik project ni budak-budak Mascomm punya, tu yang tak
payah nak buat banyak sangat promotional itemnya. Kalau ini lah
assignment budak grafik, mau berpuluh-puluh item lagi kitorang kena
buat. Huhu...

Owh, btw, bila dah upload artwork ni, rasa macam ada sedikit kesumbangan
pada colour beliau, agak lari daripada warna sebenar. But nevermind~ :D




Diary's Cover Design


Salam and hi all. Header aku dah bertukar akhirnya. Hahaha.
So kali ni aku nak share artwork saja-saja aku iaitu masa ni, aku
design cover depan dan belakang diari untuk handmade diaries aku.

Ada tiga design masa tu aku buat (ni mesti kes tengah rajin) Hehe,
so ini lah hasil designnya, guna readymade vector je :)

Personal diary cover's design #1 (left is back, right is front)
Personal diary cover's design #2 (left is back, right is front)
Personal diary cover's design #3 (left is back, right is front)
Dan, dalam tiga-tiga design ni, hanya satu je yang aku realisasikan,
itu pun untuk buat hadiah birthday untuk kawan baik aku :) Ini dia
bila dah siap :

Handmade Vintage Diary
Sebenarnya, agak leceh nak buat benda ni tapi berbaloi lah, kalau
ianya nak dijadikan hadiah untuk someone special. Nampak sikit
keikhlasan di situ. Hahaha, apa yang leceh?

Leceh, sebab kertas coklat tu takde jual yang dah siap potong size A4/A5.
Ada jual size besar ala-ala kertas mahjung tu je, so bertabahlah aku
potong kecik-kecik, sampai luka-luka. Haha..


December 30, 2012

Violet and her tears (Illustration)


Salam and hi all. Thanx sebab sudi singgah sini. Aku dah lama gila
tak buat artwork kegelapan aku ni. So, hari tu tiba-tiba je mood dan
idea datang,kena pulak kerja tak banyak sangat. Dapat jugak siapkan.
Okay, lets see step by step :

1. Sketches
2. Tracing (Adobe Illustrator)

Aku takde tablet, so aku trace guna mouse. Dan strokenya aku tak
suka guna pen tool sebab hasilnya nanti sangat kemas. Aku lebih gemar
guna pencil tool je, sebab outputnya nanti akan nampak buruk-buruk sikit.
Konon sesuai lah dengan tema kegelapan. Haha

3. Coloring (Adobe Photoshop)

Dalam proses mewarna pon, ada banyak step. Basic - Shadow - Effect - Finishing

 
ok, letak shadow-shadow dan element lain seperti mata dan handiplast

  
Detailkan lagi bahagian-bahagian yang perlu seperti mata, warna kulit dan
air mata yang bergenang di kelopak mata dan yang mengalir kat pipi tu...


Then, letaklah effect yang bersesuaian, aku guna splashing blood ni konon
nak bagi dramatik sikit lah. Dekat muka pun ada bekas-bekas darah. Step ni
kira dah finishing lah, kena tengok betul-betul terperinci dan sempurnakan
seseboleh yang mungkin. Haha


Dan, akhir sekali, aku letak background dan watermark...


Dan siaplah satu lagi artwork kegelapan yang aku namakan :

"Violet Crying in her Heart"



Review :

Dalam artwork ni, aku cuba ketengahkan kesedihan yang dialami oleh
Violet ni. Owh kenapa Violet? Sebab nama ni antara nama emo+gothic
yang famous. So, Violet hanya simpan sedih dia dalam hati. Aku guna
perempuan sebab sinonim dengan 'perempuan selalu menangis dalam hatinya'.
Tu yang terhasilnya imaginasi wajah perempuan tengah menangis dalam bentuk hati.

Dan, aku ambil kira tentang masyarakat sekeliling Violet ni jugak,
sama je macam dalam realiti kita, kita tahu nama seseorang tu, tapi tak
mungkin kita tahu latarbelakang dia atau kisah hidup dia kalau dia tak cerita
yang sebenar-benarnya. (merujuk kepada image handiplast yang aku guna)

"You know her name, but not her story..."