July 03, 2013

Tips Mudah Design Banner / Bunting Untuk Beginners

Salam and hai all.
Okay, straight to the point, entry aku kali ni sesuai untuk orang-orang yang :

1. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi tak tahu nak hasilkan artwork yang cantik
2. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi takde sijil / diploma / degree dalam course
    yang berkaitan, terutamanya course Graphic Design
3. Takde idea langsung untuk buat design di kala customer nak design tu dengan SEGERA!
4. Dapat customer jenis yang tak kisah design yang macam mana pon, asal siap.

Berikut merupakan tips untuk korang menghasilkan banner / bunting yang sedaplah sikit
dipandang mata :

1. Google background yang sesuai
    (option lain selain menggunakan flat / gradient background semata)

Contoh, kalau korang kena buat design untuk hari raya, selain guna flat warna hijau,
boleh juga guna background design yang ready-made di google macam ni :







2. Kenalpasti MAKLUMAT UTAMA
    yang nak disampaikan kepada audience (orang ramai)

Contoh :

Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013
Tarikh : 10 Ogos 2013
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Pening Lalat
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis jamuan ini.

Secara logik, tentulah maklumat yang nak disampaikan itu adalah tentang jamuan dan
details pasal jamuan tu. Jadi pilih saiz, font, dan warna yang sesuai untuk tulis
ayat itu.

Manakala ayat sampingan yang datanglah beramai-ramai tu pula, saiz nya haruslah lebih kecil
daripada MAKLUMAT UTAMA tu tadi. Warna dan jenis tulisan sama, tidak jadi masalah,
tapi haruslah dipelbagaikan, mungkin boleh di italic kan atau di bold kan.

Jadi macam ni :

Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013

Tarikh : 10 Ogos 2013
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Pening Lalat

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis jamuan ini


3. Tentukan warna dan susunan dalam artwork

Warna - Penting untuk memudahkan orang membaca Maklumat utama dan lain-lain
            yang nak disampaikan. Sebaiknya, jangan terlalu colorful sangat, kecuali kalau konsepnya
            memang colorful

Susunan - Penting untuk membahagikan ruang utama dan ruang sampingan dalam artwork,
               untuk memastikan artwork tak terlalu crowded atau terlalu kosong.

Baca 3 Jenis Susunan Maklumat Dalam Banner


Jadi...

Daripada design se'bosan' ini :


boleh menjadi se'better' ini dalam sekelip mata :



Okay itu sahaja, harap bermanfaat. Terima kasih (n_n)


April 08, 2013

Namecard Design (Rm25)

Konsep Design : Simple & Nice
Warna Utama : Peach
Sesuai untuk : Mereka yang membuat bisnes kraftangan yang comel dan
                        menarik sama ada secara kecil-kecilan atau pun yang sudah
                        terkenal.

Terdapat 3 jenis design depan dan belakang untuk setiap namecard.
Bagaimanapun, anda boleh buat padanan design depan dan belakang yang anda suka
jika anda berminat untuk booking design.

Design 1


Harga : 
RM 25 (front side only)
Rm 30 (front and back side)

STATUS : AVALAIBLE

Design 2



Harga :
RM 25 (front side only)
Rm 30 (front and back side)

STATUS : AVALAIBLE

Design 3

Harga :
RM 20 (front side only)
Rm 25 (front and back side)

STATUS : AVALAIBLE


Semua gambar yang di atas adalah sample di mana perkataan :

'Damya Design' akan ditukar kpd: Nama company/bisnes anda

dan lain-lain maklumat akan ditukar kpd : Maklumat company/bisnes anda

Berminat? Email saya di lynndamya@yahoo.com / text me @ 012-2150113. Tq :)
*Juga menerima design request yang lain.

March 12, 2013

Random Design Untuk Jiran-jiran Niaga

Hai semua. Ini adalah random design yang aku buat untuk jiran-jiran niaga aku
kat pasar malam, dan juga untuk perniagaan mak ayah aku sekali.



1. Design Papan Harga Marshmallow


Doodles tu asalnya aku buat untuk project design untuk sekolah rendah, so aku guna pakai
semula je lah dalam design ni, just tukar warna baju saja. Mudahnya guna kan~ haha :D



2. Design Papan Harga Kuih Seri Kandus


Doodles budak perempuan makan kuih besarrrr tu memang customade punya:


Gembira sebab orang yang order ni excited bila dah siap. Haha thanx kak eicha :D!


3. Label Design untuk Bekas Serbuk Perasa Ice Blended

Bekas kaca tu sekadar gambar hiasan je, patutnya dalam nya isi dengan serbuk-serbuk
perasa tu lah. So, design untuk label ini simple je dan nampak feminin. Maklumlah,
masa aku design tu, jiwa aku tengah feminin gaknya. Hehe..okay itu je :D