December 30, 2012

Violet and her tears (Illustration)


Salam and hi all. Thanx sebab sudi singgah sini. Aku dah lama gila
tak buat artwork kegelapan aku ni. So, hari tu tiba-tiba je mood dan
idea datang,kena pulak kerja tak banyak sangat. Dapat jugak siapkan.
Okay, lets see step by step :

1. Sketches
2. Tracing (Adobe Illustrator)

Aku takde tablet, so aku trace guna mouse. Dan strokenya aku tak
suka guna pen tool sebab hasilnya nanti sangat kemas. Aku lebih gemar
guna pencil tool je, sebab outputnya nanti akan nampak buruk-buruk sikit.
Konon sesuai lah dengan tema kegelapan. Haha

3. Coloring (Adobe Photoshop)

Dalam proses mewarna pon, ada banyak step. Basic - Shadow - Effect - Finishing

 
ok, letak shadow-shadow dan element lain seperti mata dan handiplast

  
Detailkan lagi bahagian-bahagian yang perlu seperti mata, warna kulit dan
air mata yang bergenang di kelopak mata dan yang mengalir kat pipi tu...


Then, letaklah effect yang bersesuaian, aku guna splashing blood ni konon
nak bagi dramatik sikit lah. Dekat muka pun ada bekas-bekas darah. Step ni
kira dah finishing lah, kena tengok betul-betul terperinci dan sempurnakan
seseboleh yang mungkin. Haha


Dan, akhir sekali, aku letak background dan watermark...


Dan siaplah satu lagi artwork kegelapan yang aku namakan :

"Violet Crying in her Heart"



Review :

Dalam artwork ni, aku cuba ketengahkan kesedihan yang dialami oleh
Violet ni. Owh kenapa Violet? Sebab nama ni antara nama emo+gothic
yang famous. So, Violet hanya simpan sedih dia dalam hati. Aku guna
perempuan sebab sinonim dengan 'perempuan selalu menangis dalam hatinya'.
Tu yang terhasilnya imaginasi wajah perempuan tengah menangis dalam bentuk hati.

Dan, aku ambil kira tentang masyarakat sekeliling Violet ni jugak,
sama je macam dalam realiti kita, kita tahu nama seseorang tu, tapi tak
mungkin kita tahu latarbelakang dia atau kisah hidup dia kalau dia tak cerita
yang sebenar-benarnya. (merujuk kepada image handiplast yang aku guna)

"You know her name, but not her story..."



August 12, 2012

Packaging Design : Twisties Limited Edition Flavour


Hi all. Kali ni aku nak share artwork aku masa degree dulu. Owh rasa
macam dah tua pulak, aku dah habis study rupanya. isk2..takpelah, meh
aku cerita sikit pasal project dulu nih. Ini team work.

Kami kena buat market baru or promotion baru untuk snek Twisties.
Twisties yang sedap tu, bukan Twister tau (-_-'). Itu air. Hahah...

So, kami proposed untuk promosikan Twisties melalui event
RockFest 2010 (masa tu), dengan idea utamanya iaitu menggabungkan
3 perisa Twisties yang pedas-pedas belaka iaitu 
Curry BBQ + Tomato + Hot & Spicy !!

So, dalam kerja ni, aku ditugaskan untuk membuat packaging bagi
Twisties Limited Edition 3 Perisa Hot ni. Ini lah hasilnya :



oKay, itu lah antara design packaging yang aku buat masa tu.
Dan aku dah lupa, lecturer proceed yang mana. Hehe okay, itu je.

Terima kasih ye sudi singgah sini :)



July 28, 2012

Doodles Hari Raya Aidilfitri 2012


Hi all. Thanx sudi datang blog ni. Kat sini ada doodles design untuk
hari raya aidilfitri , dengan pelbagai pilihan warna untuk dipilih.
(chewahh :p)

Kalau korang berkenan, silakan ambil. Free of charges. Hehe :D

Kod - K1

Kod - K2

Kod - K3

Kod - K4

Kod - K5


Terima kasih. Doodles ini free saja, kepada sesiapa yang dah ambil,
harap link kan kepada blog ini ya, Thank Q :)

p/s : Maaf lah, sempat buat doodles perempuan je :p
Nanti kalau free, aku try buat doodles lelaki pulak ea.