December 31, 2011

Drawing (Lukisan 2 perempuan yang sangat berbeza personaliti)


Haaa kannn...antara dua darjat gitu~~ dah macam filem P.Ramli kan
Hehehe, anyway drawing ni aku lukis hari tu, masa tengah tension buat
assignment, so melukis lah kejap. Err..dua pulak tu kan (-_-')

Aku kalau melukis, aku lebih suka lukis perempuan sebab senang kot?
Lelaki, err entahlah aku tak reti sangat..'beliau' je aku reti lukis, hehe..
Dan untuk lukisan kali ni, aku nak tunjuk perbandingan antara dua orang
perempuan normal yang memiliki personaliti yang sangat berbeza.

 Korang boleh tengok dari segi pakaian pon dah berbeza, untuk coOl
girl belah kiri tu aku lukis dengan berinspirasikan rockstar, manakala
yang hot tu berinsprasikan Paris Hilton yang ego dan sombong. Then,
kalau persekitaran dia pulak, untuk coOl girl tu aku bezakan dengan
tin-tin minuman yang bergelimpangan kat situ (halal ok, dia minum nescafe,
aku tau sebab aku yang lukis) :p bermaksud girl tu memang selalu lepak
sorang-sorang dan bersendirian je kat situ. Dan aku buat tone warna
biru untuk tunjukkan yang hidup dia selalu suram dan tak ceria. Guys
yang berminat tolong contact aku kalau nak ushar awek ni (u_u)~~~
yang hot tu pulak, gemerlapan sikit dan warna tone ala-ala pastel dan
pintu besar yang berukir tu haruslah menunjukkan dia seorang yang
kaya-raya tapi sombong gila !

(nampak tak?)

kalau tak nampak bukak mata besar-besar camni (@_@)

Hehe..aku memang minat melukis style perempuan-perempuan macam
ni daripada melukis perempuan-perempuan comel, sebab aku tak reti
dan tak boleh nak feel bila lukis perempuan senyum. (-_-') 
okay drawing kat atas tu adalah selepas diedit sikit dalam photoshop.
Ni original version :






then, saje je nak edit konon-konon jadi macam poster~ hahaha
ni kalau 'beliau' baca ni mesti kena gelak ni, aku belum sehebat
beliau lagi..masih mencuba (n_n) So, that's all thank Q ye :)

2 comments:

narumi sakura said...

smart n sooo cantik..Naru dh lame x melukis huhu T^T rinduuu

Lynn Damya said...

naru : hehe thank Q, naru pon pandai melukis lahh :D